Cuti-Cuti Malaysia di Melaka – Percutian 3 Hari 2 Malam Kami

Sempena cuti Chinese New Year Malaysia (CNY) yang agak panjang tahun 2020 ini, Jumaat lepas kami sekeluarga berlepas ke Melaka dalam misi percutian mini dalam negara. Ini adalah trip Cuti-cuti Malaysia kami yang pertama dalam tahun ini, selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Percutian kami terbahagi dua iaitu yang pertama ke Atlantis Residence di luar sedikit Bandar Melaka (1 malam – famili sendiri) dan di De Villa, kawasan Klebang (1 malam – famili besar).

Atlantis Residence, Melaka

Atlantis Residence agak baru, moden dan menarik. Kita booking satu unit apartment 1 bilik, tapi cukup untuk kami berenam (Mak, bapak dan 4 anak). Sebenarnya kalau cari dalam Airbnb, ada pelbagai apartment dengan pelbagai range harga. Kami ingatkan dah habis sebab CNY, tapi rupanya ada banyak lagi unit, maklumlah last minute booking, seminggu sebelum CNY. Pengurusan sekuriti, Pak guard yang nampak semuanya terdiri dari warga asing sangat sistematik, teratur dan lancar. Mereka boleh cakap bahasa Malaysia, at least ada wakil yang boleh bertutur bahasa kita. Proses check-in pun lancar dan baik. Sehari sebelum ke Atlantis Residence saya dah study mekanisme check-in yang telah diberikan oleh Tuan punya apartment. Ikut sahaja panduan yang diberikan, maka lancarlah proses masuk. Harga unit bergantung kepada Tuannya… Kalau tak silap harga dalam range RM190 ke RM300 per night. Tapi take note, ada additional cost iaitu cleaning fee yang mungkin di kenakan oleh Tuan Appartment.

Appartment kami di Blok A, tingkat 11, mengadap swimming pool yang besar iaitu di tingkat 7. Parking untuk guess adalah dari tingkat 4 ke 6. Untuk penduduk Atlantis Residence parking dari tingkat 1 ke 3. Unit yang kami tinggal tu nampak agak baru, bersih, spotless dan selesa. Appartment ini di hias dengan perabot IKEA, simple, minimalist tetapi menarik. Memang sesuai untuk weekend get away ataupun percutian ringkas nak release tension dari kerja yang dibelengu dengan pelbagai KPI.

Safety feature in terms of security pun bagus. Kalau takde access card, maka tak bergerak lah lift ke mana-mana. Oleh itu kena pastikan kita kena ada card access tu. Nasib baik Tuan Appartment bekalan 2 card access. Lock pintu pun pakai kunci electronic dan perlu key in kod 7 nombor, yang saya pun dah hafal, hehe… Tapi dah tak perlu hafal lagi. Mudah cara ini, tak perlu bawa kunci ke sana sini.

Sekitar 5pm Jumaat tu, kami mencari swimming pool. Sebenarnya lokasi swimming pool tidak di nyatakan di mana2. Sign board pun takde. Kami pun figure out sendiri dan akhirnya berjaya jumpa pool di tingkat 7. Pool memang best, besar tapi pada masa yang sama ramai orang. Mula2 kami fikir tak nak masuk pool awal2 sebab mata hari masih memancarkan sinarnya. Tapi lepas rasa air tu dengan hujung tangan dan kaki, alamakkkk sejuknya air ni, macam air sejuk peti ais. Oh lupa pulak yang swimming pool ni di tingkat 7 apartment. So moral nya adalah better be at pool waktu mata hari kat atas kepala, jadi ada balance antara dingin air swimming pool dan panas mentari. Cadangan saya lah.

Dah puas di swimming pool kami pun naik dan kerana letih kami order food panda saja. Banyak betul option di sini, rasanya ada lebih 90 pilihan makanan, tak seperti di kawasan perumahan kami di Kangkar Pulai yang boleh kira pakai sebelah tangan je. Abang Food Panda sampai dan tunggu di Pak Guard. Saya turun kejap ambil dan lepas tu sama2 family menjamu selera. Alhamdulillah.

Besok pagi, memang kita relax sahaja sementara menunggu check out. Cuma berehat santai. Tepat 12pm kami keluar, check out, letak kembali access card ke peti surat unit yang ada kod 3 digit. Yang kami impress masa nak balik tu adalah betapa sistematik nya security guard dalam menyerahkan kembali ID Pengenalan kami untuk di tukar dengan pass kenderaan semasa balik. Mereka standby di tempat kereta turun di parking tingkat 4, demi tidak terjadi kesesakan di guard house Atlantis Residence. Amazing!

Personal Rating untuk Atlantis Residence: 9/10.

Explorasi Jalan-jalan Cari Makan & Tempat Menarik di Klebang. Hentian Pertama Restoran Ayam Giling Berdesing.

Lunch. Kami menuju langsung ke Restoran Ayam Giling Berdesing di kawasan Klebang. Kami sebenarnya terlihat restoran tu semalam semasa on the way ke Atlantis Residence. Restoran ni simple je. Sebenarnya hidangannya adalah ala ala nasi ayam penyet, tetapi sambalnya ada 3 level. Ada 4 jenis nasi ayam cili giling. Boleh pilih mana yang sesuai dengan selera masing-masing. Kami order level 1, iaitu yang kononnya paling tak pedas. Tapi untuk saya level 1 tu pun memang dah pedas sangat. Restoran ni sangat sesuai untuk orang yang suka makan pedas ekstreme. Minuman yang disediakan juga cuma 2 jenis sahaja iaitu air sirap selasih ais dan ribena ais.

Personal Rating untuk Ayam Giling Berdesing: 8/10 (Mungkin faktor saya tak tahan makan pedas.. hehe)

Selang beberapa kedai adalah kedai corner lot yang menjual Kuih Keria Antarabangsa yang viral tu. Fuhhh panjang orang beratur. Kami pun beratur juga lah sebab nak rasa juga betapa hebat nya kuih keria tahap antarabangsa ni. Seketul 60 sen. Di jual dalam satu pek 10 ketul iaitu RM6. Kami beli 2 bungkus (20 ketul). Padat rasa Ubi keledek, agak solid besarnya dan pakai gula Melaka. Basically memang best dan berbaloi. Rekemended!

Personal Rating untuk Kuih Keria Antarabangsa: 9/10.

Muzium Kapal Selam

Destinasi seterusnya adalah Muzium Kapal Selam di Klebang. Memang saya sangat teruja nak melawat dan masuk kapal selam. Saya nak membayangkan bagaimana kecilnya toilet, shower, dapur dan tempat tidur para kelasi/tentera kapal selam. First impression masa nampak kapal selam ni, wahhh besarnya. Tapi bila di dalam, MasyaAllah sempitnya. Bagi saya menarik mengetahui betapa mencabarnya berada, bekerja dan tinggal dalam kapal selam. Bayangkan tentera yang kerja dalam kapal selam dan tinggal berbulan lamanya. Puan isteri dan di kecil Zara, baru masuk pun dah tak tahan, terus keluar. Claustrophobic, itulah perasaannya kalau tak tahan berada dalam kapal selam.

Personal Rating untuk Muzium Kapal Selam: 9/10.

Bungalow De Villa, Klebang – Kolonial Style Yang Kool

Seterusnya kami menuju terus ke bungalow De Villa di Klebang. Kami adik beradik bersama keluarga masing2 tempah satu malam sahaja demi berkumpul bersama-sama dengan orang tua kami, spend quality time together, maklumlah jarang jumpa. Villa ini konsep kolonial, memang antik, menarik, rasa macam duduk di zaman dulu kala. Villa ini unik, bilik nya bersih, dekonya sesuai dengan zaman silam, tidak baru tapi bersih dan kemas. Di hadapannya luas dengan permaidani rumput serta beberapa meja taman dan pelbagai deko taman. Ada juga perigi lama di lamannya, terimbau macam mana orang dulu2 nak ambil air. Pastinya villa ini dahulu nya diduduki orang kaya atau bangsawan. Kesemua 7 bilik dalam villa ini kami semua keluarga besar duduk.

Sekitar 3pm saya pun mulakan acara di swimming pool villa ni. Kemudian satu persatu anak beranak kami join dalam atau di luar pool. Memang ohsem sebab kami keluarga besar sahaja di situ. Dah lepas 6pm tu kami mulakan game ala ala polo air. Part ni memang best sebab kita divide 2 team dan lawan polo air. Syok, best, penat, semput, gelak, ketawa semua ada. Main ganas tarik kaki, tenggelamkan kepala, sangkut tangan, kaki, dan macam2 lagi teknik kotor semua ada… Tapi kami Alhamdulillah enjoy. It is a real quality time.

Malamnya kami dinner dekat-dekat kawasan villa, iaitu di restoran tempat jual kuih keria antarabangsa (cawangan si anak). Makan simple, ringkas dan pantas je. Kemudian kami sama2 gerak ke Bandar Melaka, kononnya nak rasa Melaka River cruise malam, tapi harapan tinggal harapan. Jem sana sini dan tiada tempat parking. So kita abort mission, dan balik ke Villa. Di Villa kami main Card Game sesama sendiri… Ini second event yang sangat best, ohsem dan penuh dengan keceriaan hehe… Idea Arif (adik saya) main game yang dinamakan tuttttt (tak boleh mention di sini sebab censored) tapi memang best betui game ni. Main sampai lepas midnight. Then saya tidur, dek kerana keletihan, maklumlah 4 jam dalam swimming pool petang tadi. Pengsan terus. Tapi budak2 semua masih segar bermain sampai ke 2am. Kenapa tak sampai 3am atau 4am? Sebab dah kena paksa tidur… Huhu.

Besok pagi, kami breakfast ringkas sesama parents dan adik beradik lain, borak itu ini. Lepas tu kami pun masuk swimming pool lagi sekitar 9am, beraktiviti di pool sampai lah 11am. Kaum ibu sediakan Maggie goreng instant, kenapa sedap sangat pulak rasanya eh… Tapi bukan kita makan itu je, macam2 lagi makanan yang di sediakan secara pot luck.

Kami check out 12pm. Sebelum keluar dari villa kami posing ramai dulu, memori outing sesama lah katakan. Sebelum ni kami sekeluarga besar Pakya Sumantri ni tak pernah buat outing seperti ni. Family besar adik saya adalah selalu buat hampir every year. InsyaAllah kami nak mula kan acara outing family besar kami. InsyaAllah. Tujuannya semata2 kerana nak membahagiakan orang tua kami yang menginginkan kami semua berkumpul bersama2 tak kira di mana sahaja disamping mengeratkan silaturrahim.

Personal Rating untuk De Villa: 8/10.

Misi Mencari Klebang Original Coconut Shake

Kemudian kami lunch dekat kawasan restoran semalam dan part ways. Masing2 membawa haluan masing2. Ada yang ke KL, ada ke Muar, ada langsung ke JB dan kami ke misi terakhir, mencari Coconut Shake Klebang Original.

Jalan ke arah tempat coconut shake ni jem betul. Ingat pasal apa, rupanya pasal ramai orang datang ke sini nak beli dan rasa coconut shake yang viral ini. Melaka ni banyak sangat makanan viral! Kami plan nak bungkus saja, so kena beratur que di depan jalan. Manakala kalau nak minum di situ boleh masuk lebih dalam dan minum makan di restoran coconut shake yang besar tapi terlalu ramai manusia. Kami mula beratur (que) pukul 1.30pm dan setelah 50 minit baru dapat terima 2 coconut shake special (extra ice cream vanilla), 2 coconut shake dan 1 air kelapa tulen. Harga memang sangat economical. Rasa memang sedap. Terasa serbuk2 cebisan kecil isi kelapa dalam coconut shake ni, tapi maybe ini memang trademark rasa coconut shake Klebang original kot. Kalau saya, saya prefer tak rasa langsung isi kelapa hehe. Tapi ada pun takpe. Kesimpulan saya, memang sedap, lazat coconut shake, cuma nak beratur tu panjang dan lama sangat.

Personal Rating untuk Klebang Original Coconut Shake: 9/10.

Itulah acara terakhir di Melaka Bandaraya Bersejarah yang ohsem. Memang best Melaka ni. Banyak destinasi menarik dan banyak makanan sedap lagi diviralkan. Cuma rekemendasi saya adalah datang lah ke Melaka pada bukan hari cuti sekolah, bukan cuti panjang, bukan cuti raya, bukan CNY… Kerana terlalu ramai orang datang ke Melaka pada waktu ini. Masa kami lalu kawasan tol ke arah nak balik JB, hala ke KL dan hala ke tol Air Keroh sangat sesak. Nasib baik hala ke selatan masih ok.

Overal Rating Trip Cuti-Cuti Ringkas ke Melaka: 9/10

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top