4 Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam

Ini adalah 4 tempat menarik di melaka pada waktu malam yang anda boleh kunjungi. Percutian anda di melaka pasti akan jadi lebih baik sekiranya anda tahu tempat makan menarik pada waktu malam.

Kalau cuti kita pasti nak pergi tempat makan tersedap, hotel murah dan selesa, permandangan yang cantik. So di melaka ada semuanya.

Disebabkan negeri melaka ni tidak besar mana pun, jadi banyak perkara yang boleh dibuat. Kebanyakkannya bertumpu pada satu spot.

4 Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam

4 tempat ni kami listkan sebagai tempat makan malam yang sedap dan murah. Anda boleh dapatkan berbagai jenis pilihan makanan dan cenderahati yang boleh dijadikan kenang – kenangan.

Viral Kini!

1- Jonker Walk

Jonker Walk telah terkenal sebagai pasar malam ala-ala uptown yang menghimpunkan pelbagai produk jualan. Ada jualan t-shirt, keychain tentang melaka dan juga pusat makanan waktu malam.

tempat menarik di melaka pada waktu malam

Anda wajib makan – makan di jonker walk sambil melihat telatah pelawat yang lalu lalang.

2- Ikan Bakar Pantai Klebang

Di Pantai Klebang terdapat deretan kedai makanan laut di tepi pantai. Anda tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati aneka makanan laut sambil ditemani angin pantai klebang melaka.

Di pantai klebang juga anda boleh menjumpai deretan kedai menjual cenderamata, minuman viral mangga susu blended dan coconut shake. Selain di pantai klebang, anda juga boleh pergi ke muara sungai untuk melihat sunset.

3- Taming Sari Tower

Jika anda datang pada siang hari, anda memang dibenarkan untuk naik ke tingkat atas menara taming sari ini untuk lihat pemandangan melaka. Akan tetapi cuaca yang panas menyebabkan pengunjung gemar melepak di kawasan lapang di Taming Sari Tower pada malam hari.

tempat menarik di melaka pada waktu malam

Sebenarnya ada banyak aktiviti dan tempat menarik di melaka pada waktu malam yang anda boleh kunjungi. Jika anda bersama keluarga yang ada anak kecil, anda pasti tak mahu ketinggalan untuk pergi lokasi seterusnya.

4- Zoo Melaka & Night Safari

Keistimewaan berjalan di night safari adalah cuaca yang sejuk dan dapat melihat banyak haiwan. Kebanyakkan haiwan akan aktif pada waktu malam, diorang pun tahu siang panas dan banyak pemangsa.

Jadi night safari wajib menjadi salah satu tempat anda beraktiviti apabila melawat ke negeri melaka.

Viral Kini!

Jika anda ingin berkunjung di melaka, jangan lupa dapatkan offer di atas. Dengan harga serendah RM3, anda boleh dapatkan bilik percutian mewah.

Nampaknya kita telah sampai ke penhujung artikel. Jika anda sukakan artikel 4 tempat menarik di melaka pada waktu malam, jangan lupa share dengan rakan taulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top